Keajaiban Makanan Organik


Ini adalah luka di belakang emak saudara saya yang disebabkan oleh penyakit diabetis tahap kronik. Emak saudara saya mengalami bisul yang agak besar di belakang di mana bisul tersebut telah merebak hingga menyebabkan luka yang besar seperti di bawah ini.

Gaya Hidup Organik: Diabetik Kronik Sembuh dengan Organik

Ini adalah luka diabetik emak saudara saya sebesar pinggan yang berada di belakangnya. Punca luka ini adalah terbit bisul kecil yang semakin lama semakin membesar. Apabila dibawa ke klinik, luka tersebut dipecahkan dan dicuci. Hasilnya adalah keluar nanah yang sangat banyak sehingga menyebabkan bahagian-bahagian disekelilingnya terpaksa dipotong. Setelah dicuci, terhasil lubang kawah sebesar pinggan pada bekas bisul tersebut. Pada ketika ini bacaan glukosnya adalah sebanyak 20.

Gaya Hidup Organik: Padi Kebal! Apakah Ini Saja Pilihan Kita?

Masalah padi angin yang mendorong penggunaan padi kebal
Padi kebal sangat dikenali di kawasan penanaman padi seperti di Sungai Besar, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam, Selangor. Namun bagi kita yang berada di bandar besar, tidak mengenali jenis padi ini. Apa yang kita tahu hanyalah, beras Taj mahal, Super Special, Cap Rambutan, Bernas dan sebagainya sebagai satu jenama.

Apa yang menjadi kerunsingan kita adalah, beras dari jenis Padi Kebal ini menghasilkan pengeluaran yang sangat tinggi berbanding beras padi biasa: 5 kali penuaian dalamasa 2 tahun. Apa yang merunsingkan kita adalah masyarakat petani sendiri pun menjadi musykil kerana kaedah penanamannya perlu diselang seli dengan beras padi biasa. Kenapa begitu? Sila lawati laman http://pertanianselangor.wordpress.com/category/padi-kebal/

Gaya Hidup Organik: Mengeluarkan Janin Yang Telah Lama Meninggal Dalam Kandungan


Kisah sedih ini berlaku kepada Puan Nazneen dari Sungai Buluh. Beliau telah mengalami keguguran sebelum Ramadhan 2012 dan malang sekali kandungannya tidak dapat keluar sebagaimana biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mengalami keguguran. Setelah seminggu bayinya meninggal dunia, doktor di wad bersalin membuat keputusan untuk melakukan pembedahan dan mengeluarkan janin tersebut.

Puan Nazneen sangat-sangat sedih kerana bukan saja baru lepas mengalami keguguran tetapi pembedahan juga akan dilakukan ke atas beliau untuk mengeluarkan janinnya. Beliau bertekad untuk tidak menjalani pembedahan. Beliau bersolat hajat dan berdoa semoga ditemui jalan bagaimana kandungannya dapat dikeluarkan secara normal tanpa sebarang pembedahan.

Gaya Hidup Organik: Ramadhan Penyembuh Dan Rahmat Allah

Kedatangan bulan Ramadhan sentiasa dirindui oleh para solehin dan para mukminin. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan berkat yang di dalamnya mempunyai 1001 rahsia dan hikmat. Di dalam Ramadhan juga terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, Lailatul Qadar.

Allah S.W.T sememangnya mengetahui akan hakikat kejadian insan yang mana diturunkan bulan Ramadhan, yang mana diwajibkan berpuasa di siangnya dan malamnya dipenuhi dengan amalan-amalan sunat memohon keberkatan dan rahmat dariNya. Kita amat beruntung kerana Allah S.W.T menurunkan kewajipan berpuasa kerana disamping tuntutan ibadah, ia juga merupakan proses penyembuhan kepada tubuh kita.

Gaya Hidup Organik: Inilah Ramadhan Terakhir Aku


Semasa artikel ini ditulis, kita sedang berada di dalam bulan Sya'ban 1433 Hijri dan sedang menuju kepada Ramadhan Al Mubarak, bulan di mana setiap insan bergelar Muslim akan diuji dengan lapar, dahaga, iman dan taqwa. Bulan yang penuh dengan barokah, limpah dan kurnia bagi setiap yang berjaya memenuhi seluruh bulan dengan amalan kebajikan. 

Pada bulan ini jugalah pada siangnya, kita dikehendaki menahan diri dari memakan sebarang makanan sehingga terbenamnya matahari. Allah menganugerahkan kita dengan Ramadhan supaya kita dapat merehatkan usus dari melakukan sebarang kerja, merehatkan organ tubuh dari bekerja lebih masa sepanjang tahun, merehatkan minda dengan sentiasa mengingati Allah dan akhirat dan memperbanyakkan ibadah. Allah Taala tahu akan keadaan kita dan Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Gaya Hidup Organik: Akhirnya Boleh Dah Makan SeaFood

Andi Sugiarto
30 tahun
Jakarta

Saya mengalami alergi terhadap makanan laut semenjak kecil dan tubuh saya akan berasa sangat gatal apabila memakannya. Pada masa itu, saya mengambil ubat-ubatan tetapi keadaan saya tidak juga sembuh sehinggalah saya berusia 24 tahun. Pada November 2007, keadaan alergi saya menjadi sangat teruk dan kegatalan yang tidak tertanggung pada kaki, tangan, bahu dan belakang saya. Saya berasa sangat tertekan dan apabila gatal saya akan menggaru sehingga luka di seluruh tubuh dan akan berasa sangat pedih bila terkena air ketika mandi.

Sehinggalah saya bertemu dan mengamalkan Melilea Organic, Melilea Organic Drink dan Lapacho Organic Henry Supplement untuk selama 1 minggu, tiada lagi luka dan kudis baru sementara luka lama pula mula kering dan menyembuh. Saya berterapi organik untuk bulan kedua dan memakan makanan vegetarian untuk 3 bulan dan kulit saya menjadi bertambah baik.

Selepas 6 bulan, luka-luka yang ada di tubuh saya menyembuh sepenuhnya, kulit bertambah cerah dan cantik. Keadaan alergi sembuh dan saya boleh memakan makanan kesukaan saya, seafood! Melilea telah mentransformasi kesihatan saya dan meningkatkan keyakinan diri saya. Saya kini sangat meyakini barisan produk Melilea dan memperkenalkan kepada sahabat taulan saya dan mereka juga boleh memiliki kesihatan yang diidam-idamkan.

Gaya Hidup Organik: Kisah Hebat Dari Jepun

Chang Wu Hsiu Yun
74 tahun
Tainan, Taiwan


Chang berusia 74 tahun dan telah tinggal di Jepun lebih 40 tahun. Beliau mengendalikan sebuah resort tumpangan selama lebih 30 tahun dan mempunyai ramai kenalan di kalangan pengunjung resortnya. Pada April 2008, pengunjung setia Yan Chang Jiang dan isterinya, Zhuang Mei Xin menginap di rumah tumpangannya dan Chang mendapat tahu Zhuang mengidap kanser dan baru menjalani kemoterapi. Badannya sangat kurus dan tidak sihat.


Tetapi pada Februari 2009, En Yan dan isterinya kembali melawat Jepun pada Tahun Baru China dan Chang sangat terkejut melihat Zhuang begitu sihat. Chang dan pasangan Yan menyambut tahun baru China bersama dan bersiar-siar bersama. Chang amat teruja melihat isteri En Yan begitu bertenaga di sepanjang bersiaran di bandar Jepun. Chang tidak tahan hati melihatnya dan bertanya apakah rahsia kesihatan Zhuang.


Zhuang memberitahu yang beliau mengamalkan regimen pemakanan organik bebas pencemaran Melilea Organic sebagai sarapan pagi. Itulah makanan yang telah merubah hidupnya dan menjadi sangat sihat. Malangnya Zhuang tidak membawa makanan tersebut dan Chang tidak dapat mencuba makanan tersebut.


Chang menghubungi anaknya di Tainan pada bulan Mac supaya menghubungi En Yan dan mengirimkan makanan tersebut ke Jepun. Selepas meminumnya sebagai sarapan pagi selama 2 bulan, berlaku transformasi kepada diri beliau:


1. Tidak lagi bergantung kepada pil tidur yang telah digunakannya selama 30 tahun
2. Jika dulu terpaksa memegang pemegang tangga untuk naik dan turun tetapi kini Chang sudah boleh berlari menaiki tangga. Beliau tidak lagi menggunakan guard lutut bagi mengelakkan kesakitan
3. Tidak lagi bergantung kepada ubat jantung kerana selama 30 tahun beliau mengidap lemah jantung
4. tekanan darah kini berada pada paras 120 berbanding 160 sebelumnya dan bergantung kepada ubat
5. Anak lelaki beliau yang terlibat kemalangan jalanraya beberapa tahun dahulu dan mengalami penggumpalan darah dalam otak, kini tidak lagi berasa sakit kepala. Kesan penyembuhan berlaku selepas sehari anaknya mula memakan Melilea Organic.
6. Anak perempuan Chang sering menyertai marathon jelajah Jepun dan semenjak memakan makanan organik Melilea Organic, anaknya telah mendapat tempat ke 7 marathon 30km dan kulit semakin cerah dan berseri.
7. Seorang rakan Chang berbangsa Jepun mempunyai sejarah diabetik selama 20 tahun dan menggunakan ubat-ubatan. Tetapi setelah mengamalkan makanan regimen Melilea Organic, paras gulanya turun kepada normal buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun..


Walaupun Jepun mempunyai teknologi perubatan termaju di dunia, apalah salahnya kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan makanan bebas pencemaran. Saya sangat berterima kasih kepada keluarga Yan yang telah memperkenalkan makanan bebas pencemaran kepada saya.

Gaya Hidup Organik: Talasemia, Barah Sembuh Dengan Organik

Chau Lai Lan
41 tahun
Kuala Lumpur

Chau Lai Lin kurang berat badan dan sering jatuh sakit semasa usia muda serta menghidap talasemia sederhana. Talasemia adalah penyakit kecacatan darah di mana hemoglobin (sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh) tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya.

Disebabkan talasemia, beliau berasa lemah, muka bertompok-tompok dan kelihatan pucat dan letih. Pada Ogos 2005, laporan perubatan uterus menunjukkan sel tidak baik dalam tubuhnya mula bermutasi dan semakin aktif, satu petanda yang beliau akan menghidap kanser.

Kawan beliau telah memperkenalkan Melilea Organic dan mula meminum dan melakukan penyahtoksikan. Beliau berterapi organik selama 4 hari seminggu dan terus mengamalkan Melilea Organic dan gaya hidup organik. Perubahan terhasil pada Disember 2005 apabila berat badannya bertambah 3kg dan kelihatan lebih sihat. Tompok-tompok muka berkurangan dan muka segar kemerah-merahan. Beliau tidak lagi mengalami masalah sembelit, bertenaga dan sungguh bersemangat.

Beliau dan suami sangat gembira apabila pada Februari 2006, laporan perubatan uterusnya menunjukkan sel tidak baik adalah terkawal dan Chau tidak lagi risau ianya akan bertukar menjadi kanser. Beliau sangat bersyukur kerana mengetahui pemakanan organik Melilea dan gaya hidup organik serta sembuh dari penyakit yang dihidapinya selama ini. Kini keluarga, sahabat handai dan saudara mara Chau mengamalkan pemakanan organik serta menyedari bahawa kesihatan adalah aset paling berharga berbanding segala kekayaan yang ada di dunia ini!

Gaya Hidup Organik: Daripada Berpenyakit Bertukar Menjadi Ibu Jelita

Liew Ah Chin
54 tahun
Kuching, Sarawak
Malaysia


Namanya Liew Ah Chin, dari Kuching, Sarawak. Masyarakatnya mengatakan, kerjaya terhebat wanita adalah melahirkan anak. Penjagaan dalam masa pantang adalah sangat penting. Ia mempengaruhi kesihatan wanita seumur hidup. Selepas berkahwin, beliau melahirkan 5 orang anak yang comel. Selepas kelahiran anaknya yang terakhir, Liew tidak begitu menjaga diri semasa berpantang dan akhirnya penyakit yang tidak diduga mula merebak.


Selain daripada obesiti posnatum, Liew mengalami sakit kepala yang tidak berhenti, sakit belakang, gangguan haid dan penyakit-penyakit lain yang dihidapi oleh kebanyakan wanita. Liew kelihatan seperti seorang wanita berusia 50 tahun sedangkan usianya baru 40 tahun. Beratnya 80kg dan keyakinan dirinya terjejas.


Melalui abangnya David Liew, beliau berasa sangat bertuah kerana mengenali Melilea Organic. Pada mulanya Liew berasa ragu-ragu kerana mana mungkin sebotol serbuk sayur-sayuran dan buah-buahan organik boleh memberi manfaat kepada bentuk badan dan kesihatan beliau. Tetapi setelah melihat perubahan ketara pada diri abangnya sendiri berbanding sebelum mengamalkan Melilea, Liew tidak teragak-agak lagi mengamalkan Melilea Organic sebagai makanan gantian. Liew menjalani terapi organik dan melakukan proses detoksifikasi setiap hari. Yang sangat menakjubkan, haidnya yang telah terhenti selama 8 bulan telah datang semula dan kembali normal.


Masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, sembelit, sakit belakang dan sakit-sakit badan turut pulih. Beratnya menurun dari 80kg kepada 60kg dan berasa sangat ringan dan lincah. Kulit wajah menjadi cerah dan lembap. Liew berubah menjadi seorang yang periang apabila tubuh dan wajah yang dulunya kelihatan seperti wanita 40an, kini bertukar menjadi seorang ibu kepada 5 orang anak yang langsing dan jelita. Seluruh keluarganya menjadi pengguna setia Melilea Organic!


Terima kasih Melilea kerana menjadikan Liew seorang ibu yang sihat, periang, langsing dan jelita!