Gaya Hidup Organik: Mengeluarkan Janin Yang Telah Lama Meninggal Dalam Kandungan


Kisah sedih ini berlaku kepada Puan Nazneen dari Sungai Buluh. Beliau telah mengalami keguguran sebelum Ramadhan 2012 dan malang sekali kandungannya tidak dapat keluar sebagaimana biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mengalami keguguran. Setelah seminggu bayinya meninggal dunia, doktor di wad bersalin membuat keputusan untuk melakukan pembedahan dan mengeluarkan janin tersebut.

Puan Nazneen sangat-sangat sedih kerana bukan saja baru lepas mengalami keguguran tetapi pembedahan juga akan dilakukan ke atas beliau untuk mengeluarkan janinnya. Beliau bertekad untuk tidak menjalani pembedahan. Beliau bersolat hajat dan berdoa semoga ditemui jalan bagaimana kandungannya dapat dikeluarkan secara normal tanpa sebarang pembedahan.