Gaya Hidup Organik: Diabetik Kronik Sembuh dengan Organik

Ini adalah luka diabetik emak saudara saya sebesar pinggan yang berada di belakangnya. Punca luka ini adalah terbit bisul kecil yang semakin lama semakin membesar. Apabila dibawa ke klinik, luka tersebut dipecahkan dan dicuci. Hasilnya adalah keluar nanah yang sangat banyak sehingga menyebabkan bahagian-bahagian disekelilingnya terpaksa dipotong. Setelah dicuci, terhasil lubang kawah sebesar pinggan pada bekas bisul tersebut. Pada ketika ini bacaan glukosnya adalah sebanyak 20.

Gaya Hidup Organik: Padi Kebal! Apakah Ini Saja Pilihan Kita?

Masalah padi angin yang mendorong penggunaan padi kebal
Padi kebal sangat dikenali di kawasan penanaman padi seperti di Sungai Besar, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam, Selangor. Namun bagi kita yang berada di bandar besar, tidak mengenali jenis padi ini. Apa yang kita tahu hanyalah, beras Taj mahal, Super Special, Cap Rambutan, Bernas dan sebagainya sebagai satu jenama.

Apa yang menjadi kerunsingan kita adalah, beras dari jenis Padi Kebal ini menghasilkan pengeluaran yang sangat tinggi berbanding beras padi biasa: 5 kali penuaian dalamasa 2 tahun. Apa yang merunsingkan kita adalah masyarakat petani sendiri pun menjadi musykil kerana kaedah penanamannya perlu diselang seli dengan beras padi biasa. Kenapa begitu? Sila lawati laman http://pertanianselangor.wordpress.com/category/padi-kebal/

Gaya Hidup Organik: Mengeluarkan Janin Yang Telah Lama Meninggal Dalam Kandungan


Kisah sedih ini berlaku kepada Puan Nazneen dari Sungai Buluh. Beliau telah mengalami keguguran sebelum Ramadhan 2012 dan malang sekali kandungannya tidak dapat keluar sebagaimana biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mengalami keguguran. Setelah seminggu bayinya meninggal dunia, doktor di wad bersalin membuat keputusan untuk melakukan pembedahan dan mengeluarkan janin tersebut.

Puan Nazneen sangat-sangat sedih kerana bukan saja baru lepas mengalami keguguran tetapi pembedahan juga akan dilakukan ke atas beliau untuk mengeluarkan janinnya. Beliau bertekad untuk tidak menjalani pembedahan. Beliau bersolat hajat dan berdoa semoga ditemui jalan bagaimana kandungannya dapat dikeluarkan secara normal tanpa sebarang pembedahan.

Gaya Hidup Organik: Ramadhan Penyembuh Dan Rahmat Allah

Kedatangan bulan Ramadhan sentiasa dirindui oleh para solehin dan para mukminin. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan berkat yang di dalamnya mempunyai 1001 rahsia dan hikmat. Di dalam Ramadhan juga terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, Lailatul Qadar.

Allah S.W.T sememangnya mengetahui akan hakikat kejadian insan yang mana diturunkan bulan Ramadhan, yang mana diwajibkan berpuasa di siangnya dan malamnya dipenuhi dengan amalan-amalan sunat memohon keberkatan dan rahmat dariNya. Kita amat beruntung kerana Allah S.W.T menurunkan kewajipan berpuasa kerana disamping tuntutan ibadah, ia juga merupakan proses penyembuhan kepada tubuh kita.

Gaya Hidup Organik: Inilah Ramadhan Terakhir Aku


Semasa artikel ini ditulis, kita sedang berada di dalam bulan Sya'ban 1433 Hijri dan sedang menuju kepada Ramadhan Al Mubarak, bulan di mana setiap insan bergelar Muslim akan diuji dengan lapar, dahaga, iman dan taqwa. Bulan yang penuh dengan barokah, limpah dan kurnia bagi setiap yang berjaya memenuhi seluruh bulan dengan amalan kebajikan. 

Pada bulan ini jugalah pada siangnya, kita dikehendaki menahan diri dari memakan sebarang makanan sehingga terbenamnya matahari. Allah menganugerahkan kita dengan Ramadhan supaya kita dapat merehatkan usus dari melakukan sebarang kerja, merehatkan organ tubuh dari bekerja lebih masa sepanjang tahun, merehatkan minda dengan sentiasa mengingati Allah dan akhirat dan memperbanyakkan ibadah. Allah Taala tahu akan keadaan kita dan Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Gaya Hidup Organik: Akhirnya Boleh Dah Makan SeaFood

Andi Sugiarto
30 tahun
Jakarta

Saya mengalami alergi terhadap makanan laut semenjak kecil dan tubuh saya akan berasa sangat gatal apabila memakannya. Pada masa itu, saya mengambil ubat-ubatan tetapi keadaan saya tidak juga sembuh sehinggalah saya berusia 24 tahun. Pada November 2007, keadaan alergi saya menjadi sangat teruk dan kegatalan yang tidak tertanggung pada kaki, tangan, bahu dan belakang saya. Saya berasa sangat tertekan dan apabila gatal saya akan menggaru sehingga luka di seluruh tubuh dan akan berasa sangat pedih bila terkena air ketika mandi.

Sehinggalah saya bertemu dan mengamalkan Melilea Organic, Melilea Organic Drink dan Lapacho Organic Henry Supplement untuk selama 1 minggu, tiada lagi luka dan kudis baru sementara luka lama pula mula kering dan menyembuh. Saya berterapi organik untuk bulan kedua dan memakan makanan vegetarian untuk 3 bulan dan kulit saya menjadi bertambah baik.

Selepas 6 bulan, luka-luka yang ada di tubuh saya menyembuh sepenuhnya, kulit bertambah cerah dan cantik. Keadaan alergi sembuh dan saya boleh memakan makanan kesukaan saya, seafood! Melilea telah mentransformasi kesihatan saya dan meningkatkan keyakinan diri saya. Saya kini sangat meyakini barisan produk Melilea dan memperkenalkan kepada sahabat taulan saya dan mereka juga boleh memiliki kesihatan yang diidam-idamkan.

Gaya Hidup Organik: Kisah Hebat Dari Jepun

Chang Wu Hsiu Yun
74 tahun
Tainan, Taiwan


Chang berusia 74 tahun dan telah tinggal di Jepun lebih 40 tahun. Beliau mengendalikan sebuah resort tumpangan selama lebih 30 tahun dan mempunyai ramai kenalan di kalangan pengunjung resortnya. Pada April 2008, pengunjung setia Yan Chang Jiang dan isterinya, Zhuang Mei Xin menginap di rumah tumpangannya dan Chang mendapat tahu Zhuang mengidap kanser dan baru menjalani kemoterapi. Badannya sangat kurus dan tidak sihat.


Tetapi pada Februari 2009, En Yan dan isterinya kembali melawat Jepun pada Tahun Baru China dan Chang sangat terkejut melihat Zhuang begitu sihat. Chang dan pasangan Yan menyambut tahun baru China bersama dan bersiar-siar bersama. Chang amat teruja melihat isteri En Yan begitu bertenaga di sepanjang bersiaran di bandar Jepun. Chang tidak tahan hati melihatnya dan bertanya apakah rahsia kesihatan Zhuang.


Zhuang memberitahu yang beliau mengamalkan regimen pemakanan organik bebas pencemaran Melilea Organic sebagai sarapan pagi. Itulah makanan yang telah merubah hidupnya dan menjadi sangat sihat. Malangnya Zhuang tidak membawa makanan tersebut dan Chang tidak dapat mencuba makanan tersebut.


Chang menghubungi anaknya di Tainan pada bulan Mac supaya menghubungi En Yan dan mengirimkan makanan tersebut ke Jepun. Selepas meminumnya sebagai sarapan pagi selama 2 bulan, berlaku transformasi kepada diri beliau:


1. Tidak lagi bergantung kepada pil tidur yang telah digunakannya selama 30 tahun
2. Jika dulu terpaksa memegang pemegang tangga untuk naik dan turun tetapi kini Chang sudah boleh berlari menaiki tangga. Beliau tidak lagi menggunakan guard lutut bagi mengelakkan kesakitan
3. Tidak lagi bergantung kepada ubat jantung kerana selama 30 tahun beliau mengidap lemah jantung
4. tekanan darah kini berada pada paras 120 berbanding 160 sebelumnya dan bergantung kepada ubat
5. Anak lelaki beliau yang terlibat kemalangan jalanraya beberapa tahun dahulu dan mengalami penggumpalan darah dalam otak, kini tidak lagi berasa sakit kepala. Kesan penyembuhan berlaku selepas sehari anaknya mula memakan Melilea Organic.
6. Anak perempuan Chang sering menyertai marathon jelajah Jepun dan semenjak memakan makanan organik Melilea Organic, anaknya telah mendapat tempat ke 7 marathon 30km dan kulit semakin cerah dan berseri.
7. Seorang rakan Chang berbangsa Jepun mempunyai sejarah diabetik selama 20 tahun dan menggunakan ubat-ubatan. Tetapi setelah mengamalkan makanan regimen Melilea Organic, paras gulanya turun kepada normal buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun..


Walaupun Jepun mempunyai teknologi perubatan termaju di dunia, apalah salahnya kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan makanan bebas pencemaran. Saya sangat berterima kasih kepada keluarga Yan yang telah memperkenalkan makanan bebas pencemaran kepada saya.

Gaya Hidup Organik: Talasemia, Barah Sembuh Dengan Organik

Chau Lai Lan
41 tahun
Kuala Lumpur

Chau Lai Lin kurang berat badan dan sering jatuh sakit semasa usia muda serta menghidap talasemia sederhana. Talasemia adalah penyakit kecacatan darah di mana hemoglobin (sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh) tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya.

Disebabkan talasemia, beliau berasa lemah, muka bertompok-tompok dan kelihatan pucat dan letih. Pada Ogos 2005, laporan perubatan uterus menunjukkan sel tidak baik dalam tubuhnya mula bermutasi dan semakin aktif, satu petanda yang beliau akan menghidap kanser.

Kawan beliau telah memperkenalkan Melilea Organic dan mula meminum dan melakukan penyahtoksikan. Beliau berterapi organik selama 4 hari seminggu dan terus mengamalkan Melilea Organic dan gaya hidup organik. Perubahan terhasil pada Disember 2005 apabila berat badannya bertambah 3kg dan kelihatan lebih sihat. Tompok-tompok muka berkurangan dan muka segar kemerah-merahan. Beliau tidak lagi mengalami masalah sembelit, bertenaga dan sungguh bersemangat.

Beliau dan suami sangat gembira apabila pada Februari 2006, laporan perubatan uterusnya menunjukkan sel tidak baik adalah terkawal dan Chau tidak lagi risau ianya akan bertukar menjadi kanser. Beliau sangat bersyukur kerana mengetahui pemakanan organik Melilea dan gaya hidup organik serta sembuh dari penyakit yang dihidapinya selama ini. Kini keluarga, sahabat handai dan saudara mara Chau mengamalkan pemakanan organik serta menyedari bahawa kesihatan adalah aset paling berharga berbanding segala kekayaan yang ada di dunia ini!

Gaya Hidup Organik: Daripada Berpenyakit Bertukar Menjadi Ibu Jelita

Liew Ah Chin
54 tahun
Kuching, Sarawak
Malaysia


Namanya Liew Ah Chin, dari Kuching, Sarawak. Masyarakatnya mengatakan, kerjaya terhebat wanita adalah melahirkan anak. Penjagaan dalam masa pantang adalah sangat penting. Ia mempengaruhi kesihatan wanita seumur hidup. Selepas berkahwin, beliau melahirkan 5 orang anak yang comel. Selepas kelahiran anaknya yang terakhir, Liew tidak begitu menjaga diri semasa berpantang dan akhirnya penyakit yang tidak diduga mula merebak.


Selain daripada obesiti posnatum, Liew mengalami sakit kepala yang tidak berhenti, sakit belakang, gangguan haid dan penyakit-penyakit lain yang dihidapi oleh kebanyakan wanita. Liew kelihatan seperti seorang wanita berusia 50 tahun sedangkan usianya baru 40 tahun. Beratnya 80kg dan keyakinan dirinya terjejas.


Melalui abangnya David Liew, beliau berasa sangat bertuah kerana mengenali Melilea Organic. Pada mulanya Liew berasa ragu-ragu kerana mana mungkin sebotol serbuk sayur-sayuran dan buah-buahan organik boleh memberi manfaat kepada bentuk badan dan kesihatan beliau. Tetapi setelah melihat perubahan ketara pada diri abangnya sendiri berbanding sebelum mengamalkan Melilea, Liew tidak teragak-agak lagi mengamalkan Melilea Organic sebagai makanan gantian. Liew menjalani terapi organik dan melakukan proses detoksifikasi setiap hari. Yang sangat menakjubkan, haidnya yang telah terhenti selama 8 bulan telah datang semula dan kembali normal.


Masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, sembelit, sakit belakang dan sakit-sakit badan turut pulih. Beratnya menurun dari 80kg kepada 60kg dan berasa sangat ringan dan lincah. Kulit wajah menjadi cerah dan lembap. Liew berubah menjadi seorang yang periang apabila tubuh dan wajah yang dulunya kelihatan seperti wanita 40an, kini bertukar menjadi seorang ibu kepada 5 orang anak yang langsing dan jelita. Seluruh keluarganya menjadi pengguna setia Melilea Organic!


Terima kasih Melilea kerana menjadikan Liew seorang ibu yang sihat, periang, langsing dan jelita!

Gaya Hidup Organik: Tumor, Kanser Sembuh Dengan Organik

Ibu Siti Jubaedah
47 tahun
Jawa Barat, Indonesia


Ia bermula dengan sakit gigi, sakit belakang dan berat 68kg. Pada tahun 2006, beliau mengalami pendarahan selama lebih 3 bulan. Keputusan dari Ultrasonography (USG) menunjukkan yang beliau menghidap Endometriosis (tisu yang sepatutnya tumbuh di dalam uterus tetapi tumbuh dibahagian lain tubuh) dan ianya menebal sehingga 4 lapisan. Doktor mengesyorkan pembedahan.


Pada Februari 2007, Siti mengalami pendarahan yang banyak sehingga pengsan. Keputusan USG menunjukkan beliau kini memiliki tumor dan sista dan terus menjalani pembedahan yang kedua.


Pada 23hb Mac 2007, keadaan beliau semakin teruk. Beliau kerap pengsan kerana tekanan darah yang rendah (60/70). Pada 12hb April 2007, beliau mendapati keputusan USG terbaru menunjukkan yang beliau menghidap kanser sepanjang 9.28 sm. Beliau disyorkan menjalani Histerektomi, pembuangan servik dan uterus. Beliau berasa sungguh kecewa kerana segala usaha selama ini seolah-olah sia-sia.


Siti telah disyorkan makanan organik Melilea dan Soya organik Melilea oleh puan Zoelfa. Pada mulanya beliau tidak percaya namun oleh kerana Pn Zoelfa adalah seorang yang dihormati, beliau mempercayainya.
Siti mula memakan Melilea Organik dan soya pada 21hb April 2007 dan mengalami KRISIS PENYEMBUHAN, beliau sering pengsan, tetapi berasa lebih baik dan bertenaga dari memakan ubat dari hospital. Setelah dengan penuh sabar, yakin dan sisa semangat yang masih kental, beliau mengalami beberapa krisis penyembuhan, dan akhirnya kembali kepada doktor untuk pemeriksaan. Keputusan yang sangat mengejutkan kerana doktor mengesahkan, 'Syukur, kanser tersebut telah menyusut'.


Siti kembali bersemangat dan memakan Melilea Organik beserta soya 5 kali sehari! Setelah beberapa ketika, beliau kembali bertemu doktor dan daoktor mengesahkan bahawa kansernya telah tiada!


Setelah sembuh, Siti tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau memperkenalkan Melilea Organik ini kepada rakan taulan serta saudara mara dan kini bukan saja kesihatannya telah berubah, beliau kini juga menjadi perunding kesihatan organik kepada ramai orang dan Melilea telah menukar kehidupan daripada dulunya sakit dan susah, kepada sihat, mewah dan bahagia. Siti sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana dengan ujian penyakit yang diberikan oleh Allah, beliau kini mengecapi kehidupan yang selesa dan sempurna besama keluarga tecinta!

Gaya Hidup Organik: Sembuh Penyakit Jantung, Seperti Mati Hidup Semula

Bagaikan mati hidup semula, itulah yang diistilahkan oleh Tu Ting Cheng, 49 dari Keelung City, Taiwan.


Pada 10 Jan 1997, beliau telah diserang penyakit jantung. Beliau telah dihantar ke hospital Memorial chang Gung Taipei untuk pembedahan kateterasi kardium. Pembedahan berjalan lancar namun doktor yang merawat mengatakan masih terdapat 51% risiko kematian kerana tahap enzim otot kardium yang tinggi yang mana sekiranya tidak diturunkan, akan menyebabkan kerosakan pada otot jantung.


Ketakutan dan kebimbangan yang teramat akan kematian sangat menghantui beliau dan kesihatan yang dijangkakan hanya sementara membuatkannya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada doktor kerana bimbang tidak akan dapat berbuat demikian lagi.


Selepas mengamalkan Melilea Organic selama 3 - 4 hari, beliau merasakan pening, sakit dada dan mual yang tidak tertanggung. Rasanya seperti serangan jantung akut tetapi tidak terlalu teruk. selepas tempoh tersebut, beliau mulai merasakan kesihatan yang semakin baik, tiada lagi sembelit, mengalami selsema dan batuk berkahak. Lebam-lebam mula muncul dan melalui pengamal Melilea, ia adalah penyakit lama yang timbul seketika akibat dari pengaliran darah yang semakin lancar. Beliau semakin bertenaga, kulit wajah semakin baik dan pori-pori semakin mengecil.


Selepas 9 bulan, doktor berasa amat gembira kerana beliau tidak lagi memerlukan pembedahan bagi baki 40% arteri yang tersumbat. Bacaan indeks hatinya juga bertambah baik dari 120 sebelumnya menurun kepada 27.


Beliau berterusan mengamalkan gaya hidup organik sehingga ke hari ini dan seluruh keluarganya mengalami transformasi kesihatan dan kewangan yang bertambah baik.

Gaya Hidup Organik: Terapi Organik Menyembuhkan Herpes Di Kepala

Klik Untuk Besarkan Gambar
Bapak Kromo Suwito
Umur 84
Jawa Tengah, Indonesia

Telah lama menderita penyakit Herpes di kepala. Setiap kali menggaru, kulit kepala akan berdarah, Herpes menjadi semakin teruk dan akan sembelit selama 15 hari. Telah mencuba pelbagai rawatan tetapi tidak berhasil. 

Anak beliau telah membawakan Melilea Organic dan Soya Organic Drink, beliau melakukan terapi organik selama 7 hari dan hasilnya SANGAT MENAKJUBKAN. Sembelit tiada lagi, Herpesnya semakin sembuh, luka pada Herpes mengering dan bekas luka semuanya tanggal.

Krisis Pemulihan berlaku pada hari pertama memakan makanan organik, kepala berasa sangat sakit, rasa seperti hendak meletup dan seluruh tubuh kekejangan. Setelah meneruskan sehingga berlalu 7 hari, kesakitan hilang dan badan semakin sihat, segar dan bertenaga.

Gaya Hidup Organik: Mudah Untuk Cantik Dengan Melilea Organic

Kecantikan Mudah DiCapai Dengan Melilea Organic
Klik Gambar Untuk Besarkan


Amalkan makanan Melilea Organic setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang langsing, kulit yang anjal dan lebih cerah.

Kecantikan luaran sejati datangnya dari kecantikan dalaman. Mengamalkan Melilea Organic akan memperbaharui sel dan tisu dalam tubuh, meningkatkan sistem imun, menyahtoksin, mencuci darah, meningkatkan sistem endokrin dan memperkumuh dan mencuci kolon.
Hasilnya dapat dilihat di sini dimana pengamalnya akan kelihatan jauh lebih muda, kulit yang cantik dan tubuh yang langsing.

Amalkan makanan organik setiap hari dan anda akan kelihatan jauh lebih muda dari umur yang sebenar baik bagi lelaki mahupun wanita.



































Lain-lain testimoni makanan organik
Pesakit Barah Sembuh Dengan Organik Melilea

Gaya Hidup Organik: Barah Rahim Sembuh Dengan Melilea Organic

Quo Li Chuan, Seorang guru di Chiayi City, Taiwan mengidap barah rahim tahap 3. Selepas menjalani 8 sessi kimoterapi, organ dalamannya cedera, beliau berjalan terhencut-hencut akibat menahan sakit, seluruh badan kebas dan tiada deria rasa. Kulit semakin kusam dan doktor menyatakan simpton selepas kimo ini akan mengambil masa 2 tahun untuk hilang. Perubatan Cina mengatakan yang tubuhnya mengandungi logam berat yang telah terkumpul.

Namun begitu, selepas 3 hari mengambil Melilea Organic sesuatu berlaku kepada dirinya. Dua jenis ruam timbul di permukaan kulit dan hilang sehari kemudian. Beliau terus memakan makanan organik Melilea untuk 3 bulan berterusan dan berlaku l3 kali lagi ruam di waktu yang berbeza. Terasa sangat gatal dan beliau menggarunya. Tetapi luka tersebut tidak meninggalkan kesan selepas ruam tersebut hilang. Dalam tempoh 3 bulan, tenaga mula semakin bertambah. Selepas 3 bulan mengambil makanan organik Melilea, beliau berjaya mengikuti ekspedisi ke gunung Ali selama 6 jam dan rakan-rakannya sangat terkejut.

Kulit wajah menjadi kemerahan, tegang, kelihatan lebih muda dan semakin cerah. Kawan-kawan yang telah lama tidak bertemu mengatakan beliau kelihatan 10 tahun lebih muda.

Syukur kepada Tuhan, selepas 3 bulan, indeks kanser turun 5.1 lebih rendah dari waktu menjalankan kimoterapi, paras kolesterol dan trigliserida berada pada paras normal.

Testimoni Tumor Rahim
Testimoni Barah Otak
Testimoni Penurunan Berat Badan

Gaya Hidup Organik: Tumor Rahim Sembuh Dengan Melilea Organic

Tumor merupakan pertumbuhan tisu badan yang tidak normal. Tumor boleh jadi kanser (malignan) atau bukan barah (benign).
Punca-punca, tuju, dan faktor-faktor risiko

Secara umum, tumor berlaku apabila sel-sel membahagi secara berlebihan di dalam badan. Biasanya, pembahagian sel dikawal ketat. Sel-sel baru diwujudkan untuk menggantikan tua yang atau untuk melaksanakan fungsi-fungsi baru. Sel-sel yang rosak atau tidak diperlukan lagi mati untuk memberikan ruang bagi penggantian yang sihat.

Jika baki pembahagian sel dan kematian diganggu, tumor boleh membentuk.

Masalah dengan sistem imun badan boleh membawa kepada tumor. Tembakau menyebabkan lebih banyak kematian akibat kanser daripada apa-apa bahan alam sekitar yang lain. Sebab-sebab lain termasuk:

    *      Benzena dan lain-lain bahan kimia dan toksin
    *      Minum terlalu banyak alkohol
    *      Toksin alam sekitar, seperti cendawan
beracun tertentu  dan jenis
            racun yang boleh tumbuh di atas
            tumbuhan kacang (aflatoksin)
    *     
pendedahan yang berlebihan cahaya matahari
    *      masalah genetik
    *      obesiti
    *      sinaran
    *      virus

Jenis tumor yang diketahui disebabkan oleh virus adalah:

    *      Kanser serviks (papillomavirus manusia)
    *      Hepatocellular carcinoma (hepatitis B virus)

Sesetengah tumor adalah lebih kerap berlaku di satu jantina dari yang lain. Ada yang lebih biasa di kalangan kanak-kanak atau warga tua. Lain-lain yang berkaitan dengan pemakanan, alam sekitar, dan sejarah keluarga.
Gejala bergantung kepada jenis dan lokasi tumor. Sebagai contoh, tumor paru-paru boleh menyebabkan batuk, sesak nafas, atau sakit dada. Tumor kolon boleh menyebabkan kehilangan berat badan, cirit-birit, sembelit, anemia kekurangan besi, dan darah di dalam najis.

Sesetengah tumor mungkin tidak menyebabkan apa-apa gejala. Di dalam tumor tertentu, seperti barah pankreas, gejala mungkin tidak akan bermula sehingga penyakit itu telah mencapai tahap aktif.

Gejala berikut berlaku dengan tumor kebanyakan:

    *      menggigil
    *      keletihan
    *      demam
    *      Hilang selera makan
    *      dedar
    *      malam berpeluh
    *      penurunan berat badan

Pencegahan

Anda boleh mengurangkan risiko tumor kanser (malignan) oleh:

    * Makan diet yang sihat
    * Kerap bersenam
    * Menghadkan alkohol
    * Mengekalkan berat badan yang sihat
    * Meminimumkan pendedahan kepada radiasi dan bahan kimia toksik
    * Tidak merokok atau mengunyah tembakau

Penyembuhan Tumor Dengan Melilea Organic

Amalkan berterapi organik dengan hanya memakan makanan Melilea Organic dan buah-buahan hijau seperti jambu batu dan epal hijau.

Sentiasa meminum Melilea Apple Orchard apabila dahaga bagi menggantikan air sirap, jus oren dan sebagainya. Gantikan Melilea Soya Drink kepada minuman pagi bagi menggantikan teh dan kopi.

Makan makanan organik sekerap mungkin bagi menyahtoksin di dalam tubuh.
Setiap kali lapar, makan lagi makanan organik dan pembuangan najis akan lebih kerap. Ini petanda baik pembuangan toksin di dalam tubuh.

Testimoni Barah Rahim
Testimoni Tumor rahim
Testimoni Penurunan Berat badan

Gaya Hidup Organik: Barah Otak Disembuhkan Dengan Melilea Organik

Eksklusif! Pesakit barah otak dari Sulawesi sembuh dengan Melilea Organik
Apakah gejala barah otak?
* Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.
* Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
* Pandangan kabur
* Sering lupa
* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
* Gangguan percakapan
* Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
* Kerap diserang sakit kepala

Gejala di kalangan kanak-kanak
* Loya dan muntah
* Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda atau juling
* Gangguan makanan
* Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok
* Perubahan pada gaya berjalan seperti terhincut
* Kesukaran berjalan
* Letih dan lemah badan
* Peningkatan berat badan
* Perubahan pada endokrin

Barah otak boleh berlaku pada semua lapisan umur, namun kajian menunjukkan terdapat dua kumpulan umur lebih biasa mengalaminya iaitu kanak-kanak (tiga hingga 12 tahun) serta golongan dewasa (40 hingga 70 tahun).

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit barah
Minuman tin, minuman bergas, gula, garam, lemak tepu, lemak daging, susu lembu, makanan segera dan jajan.

Bagaimana Melilea Organik mampu menyembuhkan barah otak
Melilea Organic mengandungi sayur-sayuran organic yang terdiri 4 jenis lobak, strawberi, kranberi, bayam, saderi, soya dan selada air. Kesemua sayur-sayuran ini mampu membunuh sel barah secara langsung dan tidak langsung. Dengan sayur-sayuran yang bebas pencemaran, 100% khasiat yang tidak terhapus oleh baja kimia dan racun, makanan organik Melilea mampu menyembuhkan dan membunuh sel barah secara semulajadi.

Bagaimana mengamalkan Melilea Organik untuk pesakit barah otak
Amalkan terapi organik iaitu hanya mengamalkan makanan Melilea Organik, soya organik dan epal organik setiap hidangan samada sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Untuk kesan yang lebih memuaskan, ulang memakan makanan organik Melilea sekerap yang boleh bagi mencuci kolon, mencuci darah, menguatkan sel dan meningkatkan daya tentangan terhadap sel-sel barah.

Gaya Hidup Organik: Apa Yang Membuatkan Sesuatu Produk Itu Organik

Pada masa dahulu, sesiapa saja boleh mengaku produk keluaran mereka adalah organik.  Sesetengah produk sangat-sangat organik dan sesetengahnya pula tidak. Memandangkan Makanan organik kini semakin popular, pengguna inginkan kepastian bahawa barangan Yang mereka beli adalah benar-benar organik atau tidak.

Dari maklumbalas ini, agensi kerajaan negeri dan persekutuan, bersama-sama agensi swasta mengadakan kawalan untuk memastikan mana satu produk yang benar-benar organik. Sebagai contoh, produk yang dikeluarkan oleh Sekolah Kajian Ladang Pertanian Organic Allison, Utara Macomb, diiktiraf organik oleh Midwest Organic Services Association (MOSA),  sebuah organisasi yang diiktiraf oleh U.S Department of Agriculture (USDA) untuk memantau dan mengesahkan makanan organik.

 Ini bermakna produk popcorn ‘unggu-emas’ yang dikeluarkan oleh ladang Allison boleh dijual sebagai popcorn organik dengan pensijilan persatuan MOSA, disokong oleh USDA, dan ianya benar-benar popcorn organik.

Sementara ladang Allison menggunakan sijil MOSA, terdapat beberapa kumpulan yang mengesahkan hasil keluaran pertanian sebagai organik. Merujuk kepada Jabatan Pertanian di Iowa, terdapat sedozen jabatan pertanian negeri dan 51 persatuan persendirian yang diekreditasi oleh USDA sebagai badan pengesah organik. Tanpa pegesahan dari mereka, sesuatu produk itu tidak boleh dijual sebagai organik.

Baru-baru ini saya ada membeli produk yang jelas mengatakan ianya adalah organik dan dengan jelas ia mempunyai label yang besar- ‘USDA Organik’. Walaupun USDA tidak menyemak produk tersebut secara terperinci,  agensi ini menyemak syarikat persendirian yang mengeluarkan pensijilan organik tersebut. Ia memberi keyakinan kepada saya bahawa produk tersebut adalah organik. Jadi saya beli.

Apa yang menarik perhatian saya adalah produk tersebut diimport dari Chile. Saya terkejut melihat label USDA pada produk tersebut memandangkan saya sentiasa beranggapan USDA hanya digunapakai kepada produk keluaran Amerika Syarikat.

USDA memaklumkan: “Pegeluaran Organik USDA boleh berlaku dimana-mana saja di dunia ini dan boleh mewakili organik USDA selagi ia mematuhi piawai”.

Ini menunjukkan bahawa label organik USDA telah menjadi jenama, sedia untuk dibeli oleh sesiapa saja di dunia ini. Moral dari kisah ini, teruskan membaca label untuk mengetahui dari mana sesuatu produk itu dihasilkan. Dan jangan lupa untuk membaca cetakan kecil label pada produk.

Dr William Bailey adalah pengerusi Jabatan Pertanian di Kolej Perniagaan dan Teknologi Universiti Illinois Barat. Beliau boleh di temui di WC-Bailey@wio.edu

Gaya Hidup Organik: Galakan Penanaman Organik di Malaysia


Semakin ramai yang mengamalkan kaedah perladangan organik di Pulau Pinang. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyokong pertanian organik, kini mendapat maklum balas yang sangat baik dari masyarakat.


Sabtu 11 Februari 2012, 60 orang termasuk pelajar dari sekolah menengah Han Chiang telah mengikuti sessi pertanian organik di premis CAP di jalan Mesjid Negeri.


Pegawai pendidikan CAP En. N. V. Subbarow mengatakan pertubuhan kerajaan di negara ini telah menjalankan program seperti ini semenjak 5 tahun dahulu.


"maklum balas yang diterima sangat menggalakkan - kami sedang merangka sessi latihan setiap 2 bulan, mensasarkan golongan pelajar, suri rumah dan petani."


Berita selanjutnya, sila ke laman ini
http://www.nst.com.my/streets/northern/more-adopting-organic-farming-and-recycling-1.46091


Untuk pemakanan organik yang mampu mentransformasi diri anda, sila lawati laman kami di sini
http://bisnes24jam.blogspot.com/p/testimoni-pengguna.html

Gaya Hidup Organik: Sekolah-sekolah di Austria Ke Arah Makanan Organik

Makanan di kantin-kantin sekolah di Austria kini mengarah kepada makanan organik. Menteri Kesihatannya Alois Stoger menaruh harapan tinggi untuk menggalakkan pemakanan sihat kepada golongan muda di negara itu. Beliau melantik pakar-pakar nutrisi untuk mengubah cara pemakanan yang tidak sihat di Austria.

"Seorang dari lima pelajar di Austria mengalami obesiti. Sebab utama obesiti di negara ini selain kurangnya senaman, adalah pemakanan yang tidak seimbang," kata Dr Manuel Schatzar. Penasihat pemakanan kini di dalam rangka tindakan untuk mengelak makanan berlemak seperti Leberkase (daging cincang yang dimasak di dalam kerajang timah) dan minuman dan minuman bergula dan berharap menukarnya dengan salad dan jus buah-buahan segar yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan.

Kini kumpulan pakar yang dinaungi oleh menteri kesihatan ini sedang mengadakan siri jelajah ke sekolah-sekolah di seluruh Austria bagi membantu masalah pemakanan tidak sihat ini. Bukan itu saja, mereka merancang untuk memberi khidmat nasihat secara percuma kepada guru-guru di sekolah dan pengusaha kantin.

Salah sebuah sekolah yang menjadi perintis kepada transformasi organik ini adalah Goeth Gymnasium di Vienna yang mana pembekal makanannya berharap dapat membantu mengatasi masalah yang terdapat di sekolah-sekolah di Austria ini.

Vienna Times