PROMOSI HEBAT

Untuk Julung kalinya kami menawarkan produk makanan ORGANIK 
1 botol Melilea Greenfield Organic
2 botol Melilea Organic Henry Apple Orchard
3 paket Melilea Organic Soya Drink
RM350.00

# Tidak termasuk kos penghantaran.
Jimat RM85
Penghantaran PERCUMA

Saudara saudari boleh mendapatkan produk dan kami akan ikuti aturan berikut:
a. Masukkan amaun bayaran ke akaun yang akan kami maklumkan di dalam email
b. Email kepada kami amaun dimasukkan, tarikh dan waktu.
c. Kami akan semak pembayaran yang dibuat.
d. Kami akan bungkus barangan
e. Kami akan email nombor parcel yang diberi oleh POS Malaysia.
f. Saudara saudari boleh mengetahui lokasi produk dengan menyemak di
   laman POS Malaysia yang mana link nya terdapat di dalam laman web ini
   atau DI SINI.
g. Email kepada kami sekiranya barangan telah selamat diterima.
h. Semak cara penyediaan makanan organik di SINI

Gaya Hidup Organik: Penyakit Zaman Moden dan Organik

Dengan peningkatan toksin setiap hari di dalam sajian makanan kita, adalah perlu bagi kita untuk menyahtoksin setiap hari bagi mengelakkan penyakit-penyakit seperti diabetik, tekanan darah tinggi, lemah jantung, gout dan sebagainya.

melilea Greenfield Organik sangat sesuai untuk sebarang golongan dan peringkat usia yang mempunyai masalah:

* tekanan darah tinggi
* Diabetik
* barah

* gout
* anemia 
* Sistem imunisasi yang lemah
* darah gemuruh
* thyroid
* miomma atau fybroid
 
* lemah jantung
* muda, remaja, berumur dan warga emas
* Sehat, menjaga kesihatan
* Kelemahan, kelesuan
* Kurang dan berlebihan berat badan
* Sukar tidur
* Sembelit
* Kedatangan haid tidak teratur dan menopaus
* Sebelum dan selepas bersalin
* Sebelum dan selepas pembedahan
* Jerawat dan jeragat

Gaya Hidup Organik: Gejala Diabetik dan Penyembuhan




Diabetis Mellitus
Diabetis Mellitus adalah keadan di mana pankreas telah berhenti mengeluarkan insulin atau penhasilan hormon yang tidak cukup untuk keperluan tubuh. Akibat dari kekurangan insulin, glukos tidak dapat diserap dengan sempurna oleh hati dan sel-sel yang memerlukan tenaga. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.


Tedapat 2 jenis diabetis mellitus: Jenis 1 iaitu bergantung kepada insulin dan jenis 2 tidak bergantung kepada insulin.


Pengidap diabetes bergantung kepada insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Sekiranya berlarutan, keadaan ini boleh menyebabkan pesakit menjadi koma dan boleh membawa maut. Diabetis ini terjadi apabila sistem imun memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya sel yang akan menghasilkan insulin untuk menghadamkan glukos kepada tenaga.


Diabetis ke dua pula adalah deabetis peringkat matang . Sebagahian besar pengidap diabetes adalah diabetis jenis ini. Ia bermula apabila tubuh kita menggunakan insulin dengan tidak berkesan. Bila keperluan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak mampu mengeluarkan jumlah insulin yang diperlukan. Diabetis ini berlaku disebabkan faktor lanjut usia, ketahanan glukosa yang terencat, bangsa, kurang latihan fizikal dan keturunan.


Diabetis ketika hamil
Ia adalah sejenis alahan kepada glukos pada sebahagian wanita mengandung. Diabtis jenis ini kerap berlaku kepada wanita yang kuat makan atau yang mempunyai keturunan penyakit diabteis. Semasa mengandung wanita ini diperlukan menurunkan kandungan gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. 90 hingga 95% wanita akan sembuh selepas bersalin. 5 hingga 10% pula akan terus mengidap diabetis jenis 2 selepas bersalin. 20 hingga 50% wanita yang mengidap diabetis ketika hamil, boleh mengidap diabetis kekal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Anak yang dilahirkan mudah dijangkiti demam kuning.sekiranya ibunya mengidap diabeetis ketika hamil.


Kesemua jenis diabetik secara umumnya menunjukkan tanda-tanda yang sama. Kerap buang air kecil siang atau malam. Untuk diabetik jenis 2, tanda-tanda tompok putih (glukosa yang kering) pada bahagian sulit, kesan yang merujuk kepada kandungan gula dalam darah yang tinggi seperti batu karang, jangkitan salur kencing, berat badan berlebihan, rasa haus tak terhingga dan hypertension. Pada peringkat seterusnya ia akan mengakibatkan buta, keletihan yang teramat sangat hinggakan nak bangun dari tidur pun merupakan satu masalah besar, kegagalan buah pinggang yang kronik, strok dan serangan jantung.


Makanan Organik menggalakkan corak pembahagian sel dan pembezaan, dan memulihkan sistem endokrin bagi pengedaran gula dalam darah, lipid, pengambilan tenaga, dan fungsi sistem imun.  Makanan perlulah kurang kalori dan alkali tetapi tinggi dengan serat. Serat mengawal glycemia dan metabolisma.

Makanan Organik membantu mencegah 180 jenis racun perosak yang diketahui mengganggu pembangunan atau fungsi sistem endokrin.

Makanan Organik membantu mencetuskan atau mengekalkan rasa kenyang,sekali gus mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan.

Makanan Organik mengurangkan atau menghadkan kerosakan pada selular dan genetik yang dilakukan oleh radikal bebas, dan dengan cara ini mengurangkan risiko kencing manis dan penyakit lain yang disebabkan oleh keradangan (arthritis, penyakit kardiovaskular) dan memperlahankan pertumbuhan sel kanser.

Makanan Organik juga melambatkan malahan mengundurkan sesetengah aspek neurologi tertentu daripada proses penuaan, yang membawa kepada ingatan yang lebih baik dan mengekalkan kemahiran kognitif. 

Makan diet yang teliti, kurang kalori dan alkali. Kurang lemak, tinggi kandungan fiber dan karbohidrat kompleks. Makanlah banyak kacang soya, bayam, oat, aprikot, sayuran segar dan buah-buahan. Makan makanan yang mempunyai kandungan chromium yang tinggi, gandum, kacang merah, makanan dari soya, telur, timun dan cendawan.

80% makanan perlulah mentah bagi membolehkan rangsangan keatas pankreas bagi meningkatkan pengeluaran insulin. Jangan makan berlebihan. Elakkan makanan diproses atau diawet. Bersenam, jangan merokok kerana rasa haus akan ditambah oleh nikotin.
  

Gaya Hidup Organik: Gejala Darah Tinggi



Jantung bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Bagaimana Melilea Greenfield Organic Mengatasi Masalah Darah Tinggi Ini?

Melilea Greenfield Organic mengandungi 26 jenis sayur-sayur, bijiran dan mineral yang mampu mengatasi pelbagai masalah tekanan darah tinggi. Kandungan 26 jenis sayur-sayuran yang terdapat di dalamnya mampu berfungsi untuk mengembangkan salur darah serta menurunkan kandungan kolesterol di dalam darah. Vitamin P di dalam lemon sangat berguna untuk melancarkan peredaran darah dan mencegah berlakunya pendarahan.

Amalkan mengambil Melilea Greenfield Organic (MGO) setiap hari dengan menggantikan makanan harian. Lakukan terapi berpuasa untuk satu atau dua hari sebagai permulaan dan seterusnya tiga ke empat hari sekiranya telah biasa mengamalkannya.

Cara hidangan, bancuh 1 skup MGO, 1 skup soya organik dan 1 skup epal organik bagi setiap hidangan. Gantikan 3 hidangan makanan sehari seperti sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam. Amalkan berterusan. Anda akan dapat melihat kesannya dalam tempoh 5 - 6 hari. Tekanan darah akan menjadi normal, pembuangan najis akan sempurna dan kesihatan akan lebih baik.

Gaya Hidup Organik: Gejala Strok



Stroke termasuk penyakit serebrovaskuler (pembuluh darah otak) disebabkan matinya jaringan otak (infark serebral) yang terjadi karena berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Kekurangan aliran darah dan oksigen ini adalah disebabkanberlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah.
WHO menjelaskan bahawa stroke adalah gejala-gejala pengurangan fungsi susunan saraf yang disebabkan oleh penyakit pembuluh darah otak dan bukan kerana lain.

Stroke dibahagikan kepada 2 jenis: stroke iskemik maupun stroke hemorragik.
Stroke iskemik adalah penyumbatan pembuluh darah yang menyebabkan aliran darah ke sebagian atau keseluruhan otak terhenti. 80% stroke adalah stroke Iskemik. Stroke iskemik ini dibagi menjadi 3 jenis, yaitu :
  1. Stroke Trombotik: proses terbentuknya thrombus yang membuat penggumpalan.
  2. Stroke Embolik: Tertutupnya pembuluh arteri oleh pembekuan darah.
  3. Hipoperfusion Sistemik: Berkurangnya aliran darah ke seluruh bagian tubuh karena adanya gangguan denyut jantung.
Stroke hemoragik adalah stroke yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah otak. Hampir 70% kess stroke hemoragik terjadi pada penderita hipertensi ataupun stress.
Stroke hemoragik ada 2 jenis, yaitu:
  1. Hemoragik Intraserebral: pendarahan yang terjadi didalam jaringan otak.
  2. Hemoragik Subaraknoid: pendarahan yang terjadi pada ruang subaraknoid (ruang sempit antara permukaan otak dan lapisan jaringan yang menutupi otak).

Faktor Yang Menyebabkan Stroke

Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), Kolesterol, Aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), Gangguan jantung, diabetes, warisan penyakit stroke dalam keluarga dan Migrain.
gaya hidup tidak sihat juga merupakan penumbang kepada strok antara lain Merokok (aktif & pasif), Makanan tidak sehat (junk food, fast food), Alkohol, Kurang olahraga, Mendengkur, Kontrasepsi oral, Pengambilan Dadah Berbahaya dan Obesiti.


Bagaimana Melilea Greenfield Organic Mencegah Gejala Strok

Melilea Greenfield Organic mengandungi sayur-sayuran yang diketahui mampu mengatasi saluran dan penyempitan salur darah ini.

Sayuran yang berfungsi tersebut adalah daun saderi, bayam, oat dan kranberi.

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. [1] Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.[2]

Rujukan

Bayam
Bayam merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah. Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C & Beta Karotena.

Oat
Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijirin, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda. Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan.

Sekam Oat adalah sarung bijirin oat. Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol ("buruk"), dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

Kranberi
Kranberi kaya dengan vitamin C dan fiber. Ia kaya dengan antioksidan dan mampu meningkatkan daya ketahanan badan. Vitamin C di dalam kranberi mampu menghindarkan jangkitan kuman di dalam saluran pundi kencing, membuang toksin dalam saluran darah, mencegah bisul, mencegah penyakit jantung, menghalang pertumbuhan sel kanser serta mengurangkan kerosakan sel otak yang boleh menyebabkan strok.

Bagaimana Mencegah Penyakit Strok Dengan Melilea

Amalkan mengambil Melilea Greenfield Organic (MGO) setiap kali waktu makan. Sekiranya obesiti, gantikan makanan rutin dengan MGO. Bancuhkan 1 skup MGO dengan 1 skup soya oraganik dan 1 skup apple organik Melilea.

Sekiranya telah mengalami strok, amalkan MGO bersama-sama soya organik setiap hari disulam dengan makanan harian. Amalkan terapi berpuasa seminggu sehari.