Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu
memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?
Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup
yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an,
90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok
yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang
usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan
mereka.
Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya
pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000
orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang
mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.
Jika anda pengamal makanan yang
tinggi protein dan lemak, anda pasti tidak berminat membaca seterusnya.
Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari,
lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan
dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu
tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.
Kesimpulannya, diet penduduk
Okinawa adalah tinggi kandungan serat.
Kurang Makan
Motto paling popular mereka adalah
“Hari Haci Bu” iaitu “Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang”. Ini bertepatan
dengan saranan Rasulullah iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah
sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.
Penduduk Okinawa minum 12 gelas air
sehari termasuk teh hijau. Minum separuh dari berat anda dalam auns setiap
hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns
air bertapis setiap hari.
Kehidupan Yang Bebas Dari Stress
Penduduk Okinawa tidak berasa
runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara
yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam
semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan
sentiasa berpandangan positif.
Tanah di Okinawa
Tanah di Okinawa adalah sangat
subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian
yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan
struktur biologi tanah. Kajian Tuft’s Universiti menunjukkan sayur dan
buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil
bukan organik.
Sedang bercucuk tanam |
Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa ‘pemuda’ yang
berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk
Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun.
1.
Kejayaan Usia Panjang Tidak Bergantung Kepada Genetik
Kajian genetik para lanjut usia ini menunjukkan
kejayaan panjang usia mereka adalah berdasarkan gaya hidup sihat mereka.
Kejayaan menambah 20 tahun usia tambahan
mereka adalah berdasarkan kurangnya serangan strok dan kanser kolon.
Sebab itulah masyarakat Okinawa yang hidup di luar Okinawa dan mempunyai gaya
hidup yang berbeza mengalami pelbagai penyakit kronik berbanding yang tinggal
di Okinawa.
2.
Mengurangkan Radikal Bebas
Mengurangkan pengambilan kalori dapat
memanjangkan usia. Bukti jelas menunjukkan penduduk Okinawa yang mengikuti cara
hidup tradisi mempunyai kandungan radikal bebas yang kurang di dalam darah
mereka. Para ‘pemuda’ melebihi 70an ini mempunyai kandungan lipid peroxide yang
sangat rendah – bukti jelas yang menunjukkan mereka mengalami kerosakan sel disebabkan radikal
bebas yang sangat rendah.
3.
Kurangnya Risiko Kardiovaskular
Pemuda 70an ini mempunyai arteri yang jauh lebih
muda, bersih, kurang kolesterol dan rendah paras homocysteine berbanding orang yang
berusia di barat. Faktor ini mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 80%
dan kadar penyakit strok yang sangat rendah. Arteri mereka yang sihat adalah
disebabkan gaya hidup organik dan vegetarian, senaman yang kerap, kawalan
tekanan darah dan meminimakan tekanan perasaan dan spiritual.
Homocysteine
ialah asid amino yang boleh merosakkan dinding salur darah. Kandungannya amat
tinggi bagi mereka yang kurang memakan sayuran hijau, vitamin B1 dan B2.
4.
Kurangnya Risiko Kanser Yang Disebabkan Oleh Hormon
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami kanser
yang disebabkan oleh hormone seperti kanser payudara, prostate, ovari dan
kolon. Faktor utama mereka tidak mengidap kanser tersebut adalah kerana
kurangnya pengambilan kalori, mengambil diet yang kaya sayur-sayuran dan buah-buahan,
pengambilan omega 3 yang tinggi, serat yang tinggi, pengambilan flavonoid yang
tinggi, kurangnya kadar lemak dalam badan dan aktiviti fizikal yang kerap.
5.
Tulang Yang Kuat
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami patah
tulang punggung di usia lanjut. Kajian membuktikan bahawa pengurangan kalsium
bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun adalah perlahan berbanding penduduk Jepun yang
lain. Ini adalah disebabkan tabiat meminum air semulajadi dan bersih di Okinawa, vitamin D
dari sinaran matahari, aktiviti riadah dan pengambilan flavonoids (aestrogen
dari tumbuh-tumbuhan) yang tinggi.
6.
Langsing Dan Cergas Di Usia Lanjut
BMI pada ‘pemuda’ usia lanjut ini adalah 18 ke
22. Penduduk Okinawa kekal langsing dengan memakan makanan rendah kalori, diet
karbohidrat tak kompleks, kawalan kalori dan makan hanya sehingga 80% kenyang
serta aktiviti riadah yang kerap.BMI melebihi 25 dikira sebagai berat
berlebihan dan mudah diserang penyakit.
7.
Menopaous Yang Semulajadi
Tiada penggunaan terapi penggantian aestrogen
dilakukan. Mereka mengalami menopaous secara semulajadi. Keadaan ini dialami
akibat tabiat tidak merokok, senaman berbentuk tarian, seni pertahankan diri
yang lemah lembut, berjalan dan berkebun. Wanita Okinawa terkenal dengan
pengambilan aestrogen semulajadi, melalui pengambilan susu soya. Soya
mengandungi phytoaestrogen atau aestrogen tumbuhan dipanggil flavonoid. Semua
tumbuhan seperti kekacang, bijirin, bawang, broccoli mengandungi aestrogen
semulajadi. Tetapi susu soya tetap pilihan kerana kandungan aestrogennya yang
tinggi. Isoflavon di dalam susu soya membantu mengurangkan osteoporosis.
8.
Hormon Seks yang Remaja
Para ‘pemuda’ 70an Okinawa mempunyai hormon
jantina yang tinggi seperti DHEA semulajadi, estrogen dan testosterone
berbanding mereka yang seusia mereka di Amerika. Mereka secara fisiologinya
adalah lebih muda. DHEA adalah steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal,
membantu mengurangkan pecutan usia. Namun begitu, pengambilan suplimen DHEA
akan menyebabkan kanser payudara dan kanser lain dan ia adalah tidak
digalakkan. Penduduk Okinawa mengalami pelambatan usia berbanding mereka yang
seusia di Amerika. Kandungan aestrogen dalam tubuh mereka adalah tinggi dan ini
mengelakkan penyakit jantung dan osteoporosis. Testosterone juga didapati
tinggi di kalangan lelaki Okinawa berbanding yang susia mereka di barat.
9.
Kesihatan Spiritual Yang Cemerlang
Kajian personaliti menunjukkan kerunsingan dan
rasa terburu-buru adalah sangat rendah sementara perasaan keyakinan diri amat
tinggi di kalangan mereka. Kajian menunjukkan mereka sangat optimistik, mudah
menyesuaikan diri dan mudah mesra. Kesederhanaan amat dititikberatkan. Hubungan
kemasyarakatan amat utuh dan amalan kerohanian amat tinggi di kalangan wanita
lanjut usia.
10. Penajagaan
Kesihatan Yang Bersepadu
Penduduk Okinawa menggabungkan sistem penjagaan
kesihatan dan penyembuhan dari barat dan timur. Okinawa, Jepun dan Hong Kong
yang terkenal dengan kadar panjang umur di dunia mempunyai kaedah penyembuhan
yang digabungkan antara timur dan barat. Herba tonik sangat diutamakan.
Kenyanyukan amat jarang di Okinawa.
Marilah kita mengubah cara hidup kita dengan memakan lebih sayur-sayuran dan
buah-buahan berbanding pengambilan kalori , protein dan lemak.
Pengambilan Melilea greenfield Organic adalah satu langkah lengkap dengan kandungannya melebihi 25 jenis sayur-sayuran organik dan herba organic yang terpilih..
Bertukarlah kepada pemakanan organik, bebas pencemaran, tanpa pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Amalkan gaya hidup sihat.
Disini dicadangkan pengambilan Melilea greenfield Organic, Melilea Soya Organic Drink dan Melilea Organic Apple Orchard untuk zat dan mineral seimbang, hampir sama seperti diet yang diamalkan oleh Okinawan di atas.
Disini dicadangkan pengambilan Melilea greenfield Organic, Melilea Soya Organic Drink dan Melilea Organic Apple Orchard untuk zat dan mineral seimbang, hampir sama seperti diet yang diamalkan oleh Okinawan di atas.
Baca artikel lagi
sekiranya ingin menyalin rencana ini, harap letakkan pautan ini sekali sebagai rujukan
http://bisnes24jam.blogspot.com/2011/11/rahsia-panjang-usia-sehingga-100-tahun.html