Ladang Organik

Kilang Greenfield Melilea
Pintu masuk ke ladang organik
Di sini ditunjukkan ladang organik Melilea di California, Amerika Syarikat. Kawalan terhadap pencemaran adalah amat kritikal di ladang organik. Jarak ladang dari punca terdekat pencemaran seperti kilang, jalanraya, aktiviti perniagaan dan perumahan adalah melebihi 30km. Ini bagi mengelakkan pencemaran asap, racun serangga di udara dan lain-lain pencemaran sampai ke ladang organik.


Penternakan cacing tanah
Penanam sayur-sayuran organik akan mengosongkan tanah ladang di antara 3 hingga 7 tahun bagi memastikan bahan kimia dan bahan beracun di dalam tanah terurai secara semulajadi. cacing tanah akan di bebaskan di ladang ini bagi mendapatkan nutrien asli dari najis cacing tanah. Disepanjang 3 - 7 tahun itu, cacing ini akan membuat banyak ruang udara dan najisnya akan menjadi baja yang sangat tinggi kandungan nutrien, sangat sesuai untuk sayur-sayuran, tidak berbau dan bersih dari kotoran serangga. Baja dari cacing ini berbentuk butiran, berserat dan kehitaman. Ia dapat meneutralkan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur dan tidak cepat padat. Oleh itu, tiada langsung penggunaan baja kimia.
Pemilihan anak benih
Sayuran di tapak semaian
Dr Henry Chang, pakar organik yang mefomulasikan Melilea Organic menyatakan, beliau telah memilih biji benih yang terbaik di serata dunia bagi memastikan kualiti organik tercapai. Biji benih ini adalah dari induk yang juga organik dan disimpan di dalam kawalan yang ketat dan pada suhu yang terkawal.


Barisan pokok bunga
Barisan pokok-pokok bunga
Kumbang memakan perosak
Kumbang kura-kura memakan serangga
Di sekeliling ladang, penanam sayur-sayuran organik akan menanam berbaris-baris pokok bunga bagi menarik perhatian dan menggalakkan pembiakan kumbang kura-kura. Tujuan pembiakan kumbang ini adalah kerana ia tidak membahayakan sayur-sayuran organik dan ia mempunyai satu tugas yang sangat penting, iaitu memakan sebarang makhluk perosak yang ingin menyerang sayur-sayur organik. Dengan kawalan seperti ini, pengurusan ladang organik memulangkan tugas kawalan makhluk perosak kepada alam semulajadi. Oleh itu, tiada penggunaan sebarang racun perosak ke atas sayur-sayuran organik.


Haiwan dilarang bawa masuk


Disamping itu, kenderaan keluar masuk ladang dihadkan kelajuan kepada 8km sejam bagi memastikan asap yang terhasil dari kenderaan tersebut adalah ditahap paling minima. bahan api kenderaan pula menggunakan etanol ataupun terdapat disesetengah tempat menggunakan tenaga elektrik. Kawalan laluan orang ramai juga diperketatkan bagi mengelakkan pencemaran. Begitu juga dengan haiwan peliharaan di larang sama sekali memasuki kawasan ladang organik.


Sumber air pengairan ladang organik diperolehi dari sumber air bawah tanah ataupun air sungai yang berasal dari pergunungan. Setiap hari, sampel air dari sungai dan sumber air bawah tanah ini diambil dan disemak kandungan pHnya bagi memastikan ia sentiasa neutral dan di dalam julat pH yang dipiawaikan.


Sayur-sayuran organik akan dibawa ke kilang dan mengalami proses pengeringan yang sesuai mengikut sifat sayur-sayuran tersebut. Terdapat sayuran yang memerlukan kaedah pemanasan untuk mengeringkannya disamping mengurangkan kehilangan khasiat yang terdapat di dalamnya. terdapat pula sayur-sayuran yang memerlukan proses penyejukkan untuk memastikan tiada kehilangan nutrien semasa proses pengeringan.


Dengan kawalan sebegini ketat ke atas sayur-sayuran organik, maka tidak syak lagi Melilea Organic menerima pengiktirafan sayur-sayuran organik bertaraf 5 bintang dan mempunyai fungsi penyembuhan yang amat berkesan kepada tubuh badan. Terima kasih kepada Dr Henry Chang yang telah menemui kaedah penanaman organik yang begitu bersih dan di dalam kawalan yang sempurna hingga terhasilnya ramuan sayur-sayuran organik yang mampu mencegah dan menyembuh pelbagai penyakit di zaman ini.


Amalkan gaya hidup organik bagi mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.