Gaya Hidup Organik: Padi Kebal! Apakah Ini Saja Pilihan Kita?

Masalah padi angin yang mendorong penggunaan padi kebal
Padi kebal sangat dikenali di kawasan penanaman padi seperti di Sungai Besar, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam, Selangor. Namun bagi kita yang berada di bandar besar, tidak mengenali jenis padi ini. Apa yang kita tahu hanyalah, beras Taj mahal, Super Special, Cap Rambutan, Bernas dan sebagainya sebagai satu jenama.

Apa yang menjadi kerunsingan kita adalah, beras dari jenis Padi Kebal ini menghasilkan pengeluaran yang sangat tinggi berbanding beras padi biasa: 5 kali penuaian dalamasa 2 tahun. Apa yang merunsingkan kita adalah masyarakat petani sendiri pun menjadi musykil kerana kaedah penanamannya perlu diselang seli dengan beras padi biasa. Kenapa begitu? Sila lawati laman http://pertanianselangor.wordpress.com/category/padi-kebal/


Penanaman padi kebal perlu dilakukan berselang seli dengan padi biasa kerana ia mengandungi bahan beracun yang sangat tinggi. Penanaman padi kebal tidak boleh dilakukan berturut-turut kerana ia akan merosakkan tanah dan tanah tersebut akan tandus sampai bila-bila. Ia perlu ditanam berselang seli dengan beras padi biasa kerana beras padi biasa tidak akan menghasilkan bahan kimia berlebihan atau menyerap khasiat dan zat galian tanah sehingga habis.Bahan imidazolinone yang digunakan bersama-sama padi kebal mengandungi kadar racun yang tinggi dan boleh mengakibatkan penyakit kepada mereka yang termakan. Pekerja yang bekerja diladang akan mengalami kebas-kebas kaki dan mengambil masa untuk sembuh.

Oleh kerana itulah kita perlu kembali kepada pemakanan organik. Bukan sahaja sayur-sayuran disembur dengan racun makhluk perosak, nasi yang kita makan juga mengalami pencemaran yang tinggi. Itu belum lagi mengambil kira ikan, daging dan ayam yang disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran. Bertukarlah kepada makanan organik. Bebaskan diri kita, keluarga dan saudara mara kita dari bahan tercemar dan beracun.

Makanan organik adalah untuk kita semua, tak kira usia, bangsa dan di mana sahaja.