Gaya Hidup Organik: Inilah Ramadhan Terakhir Aku


Semasa artikel ini ditulis, kita sedang berada di dalam bulan Sya'ban 1433 Hijri dan sedang menuju kepada Ramadhan Al Mubarak, bulan di mana setiap insan bergelar Muslim akan diuji dengan lapar, dahaga, iman dan taqwa. Bulan yang penuh dengan barokah, limpah dan kurnia bagi setiap yang berjaya memenuhi seluruh bulan dengan amalan kebajikan. 

Pada bulan ini jugalah pada siangnya, kita dikehendaki menahan diri dari memakan sebarang makanan sehingga terbenamnya matahari. Allah menganugerahkan kita dengan Ramadhan supaya kita dapat merehatkan usus dari melakukan sebarang kerja, merehatkan organ tubuh dari bekerja lebih masa sepanjang tahun, merehatkan minda dengan sentiasa mengingati Allah dan akhirat dan memperbanyakkan ibadah. Allah Taala tahu akan keadaan kita dan Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita.



Tetapi malangnya setelah kita menahan diri dari berlapar dan dahaga sepanjang hari, merehatkan organ dalaman kita setelah setahun bekerja, kita seolah-olah melepaskan geram kepada organ tubuh kita sendiri dengan memasukkan sebanyak mungkin makanan yang telah direhatkan sepanjang hari. 

Di bazar Ramadhanlah semua yang telah didisiplinkan berkecai. Untuk pengetahuan kita semua sebagai contoh, makanan yang dibakar seperti ikan bakar, ayam percik dan apa saja makanan yang mempunyai tanda-tanda karbon yang hitam (karsinogen) itulah sangat sedap dikunyah. Tapi tahukah saudara, karbon hitam itu saja jika dimakan, mengandungi 10 kali ganda lebih banyak toksin dan karbon berbanding dengan menghisap sebatang rokok.

Begitu juga dengan manisan dan makanan berlemak yang tinggi kandungan kolesterol yang menjadi pilihan juadah berbuka. Ia sebenarnya mengerahkan tenaga sang usus untuk mengkumuh dalam masa singkat menjelang solat maghrib, isyak dan bertarawih. Sebab itulah kita berasa lemah sendi-sendi, letih dan mengantuk apabila tiba waktu solat Isyak dan bertarawih kerana darah dari seluruh tubuh dan kepala akan dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja pencernaan.

 Berpuasa organik di bulan Ramadhan adalah suatu kaedah mencuci dan membersihkan tubuh kita dari sebarang toksin yang ada. Melilea Organic (MO) adalah pengganti juadah bersahur dan berbuka yang sangat baik di bulan Ramadhan. MO mencegah bahaya toksin dari makanan berlemak, berkarsinogen, bergula, berpengawet, berperisa, berpewarna dan berpenstabil, disamping membekalkan zat-zat makanan yang secukupnya. Kesan menyahtoksin jauh lebih baik, lebih menyeluruh dan lebih efektif berbanding berpuasa secara biasa.

Kaedah berpuasa Organik di bulan Ramadhan adalah sangat baik. Dengan hanya mengambil makanan organik sewaktu bersahur dan berbuka akan menghasilkan proses transformasi dengan lebih pantas. Makanan organik ini sememangnya sangat mengenyangkan .
Cara berpuasa Organik di bulan Ramadhan adalah seperti berikut:
a. Bersahurlah diakhir waktu dengan 2 skup MO dan 3 - 4 skup soya organik dan 1 - 2 skup epal organik. Kocak dan terus minum.

b. Berbukalah dengan 2 - 3 biji kurma dan ambil 1skup MO dan 2 - 3 skup soya organik serta 1 - 2 skup epal organik. Kacau dan terus minum.

c. Bersolat maghrib

d. Sekiranya berasa lapar di antara waktu Maghrib dan Isya', makanlah buah-buahan segar seperti epal merah/hijau, buah jambu batu atau betik supaya tidak berasa terlalu lapar. Sekiranya masih terasa lapar, ambil 1 skup MO dan 2 skup soya organik, kacau dan terus minum.

e. Bersolat Isya' dan seterusnya bertarawih.

f. Selepas selesai solat Isya', ambil 1 skup MGO dan 1 skup soya, kacau dan terus minum.

Dengan kaedah terapi berpuasa organik ini, anda tidak akan berasa lapar sebaliknya anda akan berasa cukup bertenaga, cergas, tiada berasa lemah/lembab disebabkan terlalu banyak makan ketika berbuka. Kebiasaannya, pada waktu 10 - 11 pagi, perut akan mula berkeroncong sebab proses penghadaman telah menghasilkan ruang-ruang di dalam usus. Angin di dalam usus ini akan membuatkan kita berasa tidak selesa dan terasa lapar.

Tetapi apabila kita mengamalkan makanan organik semasa bersahur, tiada lagi masalah angin di dalam perut ini kerana pada ketika itu perut telah dipenuhi dengan makanan organik dan usus menjadi semakin kecil disebabkan makanan yang dimakan hanyalah sayur-sayuran yang di dalam bentuk cecair.

Dan yang paling penting, anda akan dapat melihat perubahan ketara pada wajah dan kulit bertukar menjadi lebih cerah, cantik, sihat dan bersinar. Tubuh juga akan berasa bertenaga. Lihatlah pada 1 Syawal nanti, anda akan menjadi perhatian setiap orang kerana transformasi hebat diri anda.

Kaedah ini telah bertahun-tahun kami amalkan dan hasilnya sangat ketara di Aidil Fitri nanti. Kecantikan semulajadi dari dalaman dengan Organik! Apa lagi saudara, inilah peluang untuk kita melakukan pembersihan menyeluruh, rohani dan jasmani dan akhirnya kita memohon keredhaan Allah.

Oleh itu, marilah kita jadikan Ramadhan Kali Ini, Ramadhan Terakhir Kita Mengamalkan Makanan Bertoksin!