Gaya Hidup Organik: Ramadhan Penyembuh Dan Rahmat Allah

Kedatangan bulan Ramadhan sentiasa dirindui oleh para solehin dan para mukminin. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan berkat yang di dalamnya mempunyai 1001 rahsia dan hikmat. Di dalam Ramadhan juga terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, Lailatul Qadar.

Allah S.W.T sememangnya mengetahui akan hakikat kejadian insan yang mana diturunkan bulan Ramadhan, yang mana diwajibkan berpuasa di siangnya dan malamnya dipenuhi dengan amalan-amalan sunat memohon keberkatan dan rahmat dariNya. Kita amat beruntung kerana Allah S.W.T menurunkan kewajipan berpuasa kerana disamping tuntutan ibadah, ia juga merupakan proses penyembuhan kepada tubuh kita.


Surah Al Baqarah ayat 183 - 184
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu), memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Dari ayat di atas, jelas membuktikan bahawa Allah S.W.T telah memfardhukan ibadah puasa kepada Rasul, Nabi dan kaum-kaum terdahulu bagi membuktikan ketaatan kepada kepada perintah Allah S.W.T. Namun begitu terdapat satu perkara yang tersirat dari perintah ibadah puasa tersebut. Cubalah kita bayangkan kehidupan di dalam jahiliyah yang langsung tidak mengenal erti berpuasa.  Manusia akan makan semahu-mahunya, tak henti-henti, memuaskan nafsu makan selagi ada di depan mata.

Natijah dari amalan makan tidak henti-henti ini, setiap hari, sepanjang umur manusia, pastinya akan mengakibatkan manusia itu sendiri berpenyakit kronik akibat dari amalan makan yang tidak terkawal. Dengan adanya ibadah puasa, pada waktu-waktu yang diwajibkan, manusia itu akan berhenti seketika dari mengambil makanan semahu-mahunya dan dapat merehatkan sistem tubuh buat seketika. Inilah bukti Allah S.W.T mengasihi kita kerana Dia Maha Mengetahui akan kebaikan dan keburukan kepada ciptaanNya. DiwajibkanNya ibadah puasa supaya mereka yang beriman mempunyai kesihatan yang lebih baik dari mereka yang melanggar perintahNya.

Kewajipan berpuasa bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, tetapi juga menjadi penyembuh kepada manusia. Setelah kita makan tanpa henti selama setahun, Allah S.W.T mewajibkan kita berpuasa dan natijah daripada perintah ini, tubuh dapat berehat, membina dan memperbaiki sel-sel dalaman yang rosak dan menyekat pelbagai kotoran yang masuk ke dalam tubuh melalui makanan.


Berpuasa telah dikenalpasti sebagai rawatan semulajadi untuk pelbagai jenis penyakit semenjak ribuan tahun dahulu. Ibnu Sina, pakar perubatan Islam menyifatkan puasa sebagai rawatan pelbagai jenis penyakit. Doktor-doktor Islam di zaman ini mengakui bahawa berpuasa boleh mengubat penyakit cacar dan sifilis.

Nepoleon ketika menawan Mesir, mengamalkan terapi berpuasa untuk mengawal penyakit berjangkit. Dr Fredrick Hoffman, dari Universiti Moscow pada 1769 menasihat para pesakitnya agar berpuasa ketika sakit.

Zeland, pakar perubatan Russia di dalam kurun ke 19 mengumumkan bahawa berpuasa memberi kesan positif kepada urat saraf, sistem penghadaman dan darah. Puasa memberi masa untuk perut dan tubuh berehat dan memberikan ruang kepada tubuh untuk mengembalikan kekuatan baru.

Hippocrates, Bapa Perubatan Barat (460-377SM), mengatakan proses penyembuhan penyakit adalah dengan berpuasa. Beliau mengatakan bahawa makanan kita sebenarnya, adalah ubat untuk kita. Tetapi apabila kita makan semasa sakit, kita sedang memberi 'makan' kepada penyakit itu.

Sesuatu yang menakjubkan telah ditemui bahawa berpuasa dapat merawat masalah psikologi yang kritikal. Berpuasa memberi masa untuk sel-sel otak berehat sambil membersihkan sel darah daripada toksin. Darah bersih yang memasuki otak akan turut membersihkan otak dan meningkatkan sistemnya.

Hasilnya, orang yang berpuasa mempunyai otak yang lebih kuat dan cerdas untuk berfikir. Ini dibuktikan oleh Pengarah Institut Pesakit Mental Moscow, Dr Yuri Nikolayev dalam tahun 1972, merawat 7000 pesakit mental dengan menggunakan terapi berpuasa setelah semua kaedah ubat-ubatan lain tidak berkesan. Yang menakjubkan, ianya berjaya!

Berpuasa juga dapat menyembuhkan penyakit barah. Barah berpunca dari sel tubuh yang tertentu membahagi dan membentuk sel baru tanpa henti. Proses ini semakin rancak dengan kemasukkan pelbagai lagi toksin di dalam makanan seperti racun serangga, baja kimia, pengawet dan sebagainya. Dengan mengamalkan puasa, bermakna kita menghentikan kemasukkan bahan merbahaya ini.

Dengan mengamalkan puasa dan mengamalkan makanan organik, pesakit dapat merawat dan menyihatkan sel sihat serta melemahkan sel barah itu tadi. Sebagaimana yang dinyatakan, berpuasa akan meningkatkan sistem imun tubuh, merehat dan membina sel baru, melawan penyakit serta menyembuhkan bar   

Dan yang paling membuatkan kita teruja, berpuasa membantu anda kekal muda remaja! Dr Masora Ej dari Fakulti Psikologi Universiti Texas, telah berjaya membuktikan kaitan berpuasa dengan faktor panjang usia dan awet muda. dengan mengurangkan 50 ke 70 peratus makanan yang diberikan kepada beberapa ekor tikus, ia membantu memanjangkan jangka hayat tikus-tikus tersebut dan mencegah penyakit berkaitan usia.

Sebenarnya pelbagai penyakit dapat disembuhkan dengan berpuasa. Darah tinggi, diabetis, gout, sembelit, lemah jantung, kanser, tiroid, fibroid dan sebagainya dapat disembuhkan dengan berpuasa dan kaedah makanan yang betul. 

Penyakit-penyakit di zaman moden adalah berpunca dari pemakanan kita. Toksin yang banyak di dalam makanan seperti racun makhluk perosak, baja kimia, pengawet, pewarna dan perasa makanan masuk ke dalam tubuh kita apabila kita memenuhi tuntutan rasa lapar. Apabila kita makan tanpa memilih makanan yang bebas pencemaran, iaitu ORGANIK, kita sebenarnya bukan saja mengenyangkan perut tetapi pada masa yang sama kita sedang mencederakan diri kita sedikit demi sedikit.

Apabila pengumpulan toksin banyak di dalam tubuh dan tidak dikumuhkan semula, kita akan menghidap penyakit yang dinyatakan tadi. Dengan kaedah berpuasa, kita sebenarnya sedang menyekat toksin dari masuk ke dalam sistem tubuh, merosakkan sel dan organ dalaman kita.

Tetapi satu kesilapan besar adalah apabila kita berpuasa di siang hari tetapi pada waktu berbuka pula kita memakan sebanyak mungkin makanan yang ada. Amat malang sekali apabila setelah berpenat lelah menahan nafsu makan di siang hari, mengekang toksin dari masuk  ke dalam tubuh, memberi ruang kepada tubuh untuk membina sel-sel baru, tiba-tiba sewaktu berbuka puasakita tidak mendapat menahan diri dari memasukkan semula pelbagai makanan bertoksin dan berkalori tinggi.

Sebagai contoh, ayam percik, ayam panggang atau daging bakar yang sangat disukai ramai mengandungi karbon monoksida yang sangat tinggi dan amat merbahaya untuk dimakan. Bahagian hitam yang terbakar pada masakan ini mengandungi 200 kali ganda toksin daripada sebatang rokok. Memanglah ianya sedap dimakan dan rangup, tetapi ia amat merbahaya kepada kesihatan. Toksin dari bahan terbakar ini mampu menyebabkan barah dan tumor. Sekiranya kita tiada makan yang mampu menyahkan toksin di dalam tubuh kita, ia akan kekal di dalam tubuh dan akan menjadi bom jangka yang akan meragut kebahagiaan kesihatan kita.

Cara untuk mendapatkan kesihatan yang optimum di bulan ramadhan adalah dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga, dan juga menahan diri dari memasukkan makanan yang mengandungi bahan tercemar seperti yang dinyatakan tadi.

Makanlah tamar sebagai pembuka puasa, air mati ataupun air perahan buah-buahan segar. Makanlah makanan organik seperti nasi beras organik, sayuran organik, dan buah-buahan organik sebagai perawatan di masa berbuka puasa. Sekiranya masih teringin untuk memakan makanan kegemaran anda, makanlah dahulu makanan organik dan selepas itu makanlah makanan kegemaran kita tadi. Dengan cara ini, kita dapat menjamin makanan yang mengandungi toksin tinggi itu dapat dikumuhkan seluruhnya dan tubuh dalaman kita dapat mengekalkan tahap kebersihannya dari toksin dan bahan asing.

Makanan organik Melilea kami telah dirumus khas dengan teknologi tinggi untuk memenuhi keperluan kesihatan harian dan pertumbuhan sel tubuh. Ianya bebas bahan kimia dan mengenyangkan. Sebaiknya di sepanjang Ramadhan ini, ia menjadi makanan utama ketika berbuka puasa dan bersahur. Apabila mengambil makanan Organik ini, kita akan seperti orang baru, tiada kemasukan toksin yang baru dan kita sedang membina sel-sel sihat dan pada masa yang sama kita menyingkirkan toksin. Tiada lagi gejala penyakit yang selama ini menakutkan diri kita dan matlamat Ramadhan sebagai penyelamat manusia dari sebarang penyakit kini tercapai.

Maha Suci Allah S.W.T yang telah menganugerahkan Ramadhan kepada kita umat Islam. Kita berpuasa kerana Allah, melakukan ibadah-ibadah lain juga kerana Allah. Kerana ketaatan ini, Allah kurniakan kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di dunia mendapat kesihatan, di akhirat mendapat pahala dan ganjaran. Ditambah pula dengan anugerah makanan organik yang Allah S.W.T ilhamkan kepada insan yang perihatin kepada kesihatan manusia sejagat, maka amalan ibadah Ramadhan kita menjadi ibadah yang sangat hebat dan bermanfaat kepada kita. Sedang dalam masa yang sama orang bukan Islam berhempas pulas mengkaji tentang puasa dan kebaikan yang ada di dalamnya, kita umat Islam telah lama mengecapinya.

Selamat berpuasa dengan penuh rasa kasih sayang kepada dan daripada Allah S.W.T.