Laman Utama



















Memperkenalkan "Makanan Hebat" Melilea Greenfield Organic
Umum mengetahui penuaan adalah disebabkan oleh faktor usia dan masa yang telah dilalui. Semakin lama kita hidup, semakin berumur dan semakin merosot kesihatan pada diri kita. Kita sentiasa berfikiran bahawa semakin usia meningkat, semakin merosot kesihatan, daya imun dan sistem tubuh menjadi semakin lemah.Tahukah anda bahawa penuaan sebenarnya bukanlah disebabkan faktor masa tetapi lebih kepada apa yang dimakan setiap hari?

Puak Eskimo di kutub utara dan puak Kurgi di Rusia mempunyai jangka hayat yang paling singkat di antara 30-35 tahun. Pada peringkat usia tersebut, mereka telah kelihatan sangat tua, mudah diserang penyakit strok, sawan, dan hidung berdarah.

Berbanding pula puak Hunza di utara Pakistan, puak Toda dan Caucasus, mereka mempunyai jangka hayat yang panjang.... purata 90 ke 110 tahun. Apakah rahsia puak-puak ini yang dapat mengekalkan kesihatan dan umur yang panjang?

Jawapannya ialah puak Eskimo dan Kurgi mengamalkan diet daging dan lemak berlebihan untuk menghadapi musim sejuk sementara puak Hunza, Toda dan Caucasus mengamalkan sayur-sayuran yang ditanam secara organik dan jarang mengambil daging sebagai diet utama. (Sila rujuk artikel Mastika Januari 2010). 

Sayur-sayuran yang dimakan oleh puak Hunza di utara Pakistan ditanam sendiri, tidak menggunakan baja kimia, tiada penggunaan racun serangga, menggunakan air dari pergunungan dan menghalau serangga perosak menggunakan asap. Penggunaan bahan pengawet, bahan kimia dan perasa tiruan dilarang sama sekali. Disamping itu, mereka mengamalkan berjalan kaki ke kebun mereka yang terdapat di lereng-lereng gunung. Ini menyebabkan mereka sentiasa beriadah dan mengamalkan pemakanan rendah kolesterol.

Daging hanya dimakan di hari-hari perayaan seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, majlis perkahwinan dan lain-lain hari kebesaran mereka. Gaya pemakanan dan cara hidup sihat menjadikan puak ini sentiasa berkeadaan sihat, rendah kandungan kolesterol dan panjang umur walaupun hidup di dalam serba kekurangan dan kesusahan.

Jelas membuktikan bahawa penuaan adalah disebabkan jenis makanan yang kita ambil setiap hari.

Kerajaan hari ini telah menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan rakyat jelata mengekalkan kesihatan dan menjalani kehidupan yang sihat. Pelbagai poster, banner dan slogan dibuat supaya menyedarkan rakyat betapa penting dan berharganya tubuh badan yang sihat. Berikut adalah sebahagian dari iklan yang dibuat oleh pihak kerajaan di tempat-tempat awam:
Gaya Hidup Organik adalah satu kaedah pemakan yang menitik beratkan makanan yang bebas pencemaran, menyahtoksin, membersihkan kolon atau usus dan pembinaan sel tubuh. Pengamal pemakanan organik akan mendapati bahawa tubuh mereka semakin sihat dan muda, bertenaga, sembuh dari penyakit kronik dan ceria.

Klik Untuk Besarkan
Klik Untuk Besarkan
Ia membantu mengembangkan salur darah, menguat dan mencuci sel tubuh, menguatkan jantung, menguatkan sistem respirasi, melegakan sembelit dan buasir, membuang toksin dan najis tersumbat di dalam usus, mencantik serta memutihkan kulit, menghilangkan migrain, memulihkan penyakit kulit, tyroid serta mencegah kanser.

Melilea Greenfield Organic mengandungi bahan-bahan makanan organik terdiri dari:
  • beras, gandum, jagung manis, barli
  • lobak chantenay merah, lobak radikula, lobak daucus dan lobak nantes
  • Saderi, Selada air, Bayam, Parsli
  • kubis brussles, kubis daun, kubis kuning, kubis dan kubis merah
  • kacang soya
  • halia
  • dulse
  • betik
  • Oat
  • Spirulina
  • Rempah ratus
  • Kranberi
  • Lemon
  • Buah Mawar Hutan
  • Epal
  • Limau 
  • Strawberri
  • Oren
 Kesemua tanaman ini ditanam secara organik dan mencapai tahap Organik 5 Bintang.

Apakah yang dikatakan Organik bertaraf 5 Bintang?

Organik 5 Bintang bermaksud makanan yang disediakan bebas pencemaran hingga mempunyai kuasa penyembuh kepada sistem tubuh.

Bagaimana tahap Organik 5 Bintang boleh dicapai?
Tahap Organik 5 Bintang tercapai apabila penyediaan tanaman tidak diganggu oleh sebarang penambahan teknologi moden.

Tanah ladang dibiarkan rang (kosong) 3 ke 7 tahun. Cacing tanah diternak di ladang kosong tersebut dan menjadikan ia subur oleh kerana aktiviti cacing yang mengeluarkan najis dan membuat lubang-lubang udara di dalam tanah.

Dr Alan di ladang organik
Dr Alan di kilang organik
Baja campuran kimia adalah dilarang sama sekali begitu juga racun makhluk perosak. Makhluk perosak dikawal dengan menggunakan kaedah menyemburkan pheromon betina haiwan perosak tersebut dan diletakkan di dalam perumah. Apabila haiwan jantan masuk ke dalam perumah tersebut, makhluk perosak itu tidak dapat keluar dan mati di dalamnya.

Satu kaedah lagi ialah dengan menanam pokok bunga di sekeliling tanaman organik. Apabila makhluk perosak datang untuk memakan tanaman, makhluk perosak yang terdapat pada pokok bunga akan memakan makhluk perosak tanaman organik. Jadi tiada sebarang racun digunakan.

Ladang organik pula di tempatkan sekurang-kurangnya 30km daripada jalanraya terdekat. Kenderaan ladang pula dihadkan kelajuan 8km/j dan bahan api yang digunakan adalah ethanol. Ini adalah untuk mengawal pengeluaran asap dan pencemaran udara.

Ladang organik 
Ladang organik dikelilingi pergunugan
Hasil dari kawalan inilah yang membolehkan tanaman organik Melilea Greenfield mendapat taraf 5 bintang.

Badan manakah yang mengiktiraf Melilea Greenfield Organic sebagai makanan organik bertaraf 5 bintang?
United Nation Organic Friendship Association