Gaya Hidup Organik: Ramadhan Penyembuh Dan Rahmat Allah

Kedatangan bulan Ramadhan sentiasa dirindui oleh para solehin dan para mukminin. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan berkat yang di dalamnya mempunyai 1001 rahsia dan hikmat. Di dalam Ramadhan juga terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, Lailatul Qadar.

Allah S.W.T sememangnya mengetahui akan hakikat kejadian insan yang mana diturunkan bulan Ramadhan, yang mana diwajibkan berpuasa di siangnya dan malamnya dipenuhi dengan amalan-amalan sunat memohon keberkatan dan rahmat dariNya. Kita amat beruntung kerana Allah S.W.T menurunkan kewajipan berpuasa kerana disamping tuntutan ibadah, ia juga merupakan proses penyembuhan kepada tubuh kita.