Selasa 27 Disember 2011
Festival Peladang Organik 6
Kepulauan Negro yang diadakan dari 16 - 20 Disember di Provincial Capitol
Ground di Bacolod City, Filipina merupakan satu kejayaan besar dengan penyertaan
seramai 4,503 peserta berdaftar.
Menurut penganjur, ini adalah
penyertaan terbesar setakat ini semenjak ianya bermula tahun 2006. Ini tidak
termasuk peserta yang tidak berdaftar dan pelanggan ‘walk-in’.
Sebanyak 117 gerai jualan dan
pameran barangan dan hasil keluaran organik yang mencatatkan jualan sebanyak
P2,056,000 sementara P40,000 diperolehi dari sewaan ruang pameran.
Seramai 2,000 peserta,
kebanyakannya petani, menyertai pelbagai symposium teknologi pertanian organic,
pengurusan sisa pepejal, polisi awam pertanian organik, rangkaian pasaran,
kesihatan dan kesejahteraan.
Aktiviti yang menarik minat
banyak pihak adalah penyertaan oleh 26 chef restoran hebat di dalam Pesta
Masakan yang menunjukkan pelbagai cara masakan makanan dan minuman organik.
Menurut penganjur, demonstrasi
memasak telah disaksikan oleh 300 hadirin. Pertandingan masakan organik juga dibuka kepada bakat besar tukang masak
muda dan mendapat sambutan positif.